Sunday 27 January 2013

KAWASAN REBAN BARU 26.01.2013


Sabtu, 26.01.2013, Kawasan tanah belakang reban ayam yang dibersihkan untuk membuat reban untuk ayam yang melebihi 2 bulan.

Namun, masih belum dipastikan reban yang macam mana yang harus dibina, ATAS atau BAWAH...
Ni lah kalau buat sesuatu tanpa bekalan ilmu , hanya mengharap pada rakan-rakan ternak (mcm x layak di panggil rakan sebab kenal pun tidak hanya melalui bacaan2 blog dan sms). Alhamdulillah, ada yang sudi membantu namun masih tidak mencukupi.

Kini, aku berserah pada Mu Ya Allah, aku bermohon pada Mu agar dapat memberi kepadaku Petunjuk untuk jalan seterusnya.

AKU TIDAK AKAN BERHENTI BERUSAHA...

Pada yang sudi membantu , Ya Allah..aku bermohon pada Mu, Ampunilah dosanya dan Permudahkanlah urusan mereka di Dunia dan Akhirat, Amin.








Contoh Reban bawah...copy paste aje, harap tuan punya pic x marah.............


Thursday 24 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul SAW 1434/2013, di Taman JP Perdana Phase 3

Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW 1434/2013, di Taman JP Perdana phase 3

Tarikh : 24 Januari 2013 / 12 Rabi'ul Awwal 1434
Masa : 8.00 malam - 10.30 Malam
Tempat : Jalan Jaya Putera 3/7

Antara Aktiviti Menarik yang sederhana:


 Persediaan pentas ceramah
  


 







Tuesday 22 January 2013

Anak Ayam baru 20.1.2013

Alhamdulillah, tambahan anak ayam kacuk lgi 82 ekor, Ya Allah ko sihatkan anak-anak ayam ku ini....

Kami dalam perancangan nak bina reban ayam bawah...semoga Allah swt memberi hidayah kepada designer kita agar apa yg kami impikan menjadi kenyataan.

Sempena bulan Rabiul Awal, bulan kelahiran Nabi Muhammad Saw, marilah kita bersalawat ke atas baginda dan keluarga baginda.



Marilah juga kita mengikut sunah baginda dengan menjadi USAHAWAN...hanya pada mu Ya Allah, yg pemberi rezeki...amin.

Tuesday 15 January 2013

Menambah baik Blog untuk tatapan semua



Fuhhhh.........berpeluh juga nak mengubah blog kepada yang lebih menarik...namun Alhamdulillah akhirnya siap juga.

Harapan perkongsian maklumat dan betukar pandangan dapat dilakukan di blog ini.

Are you ready?????????????? YES, I AM READY..

Ya Allah, aku berusaha dan aku tahu semuanya dari-MU.

Sunday 13 January 2013

Reban Anak Ayam Baru..13.01.2013

Assalamualaikum bg pembaca blog ini, Alhamdulillah siap reban untuk anak ayam..cuma semalam x smpt nak pi beli anak ayam, kedai sudah tutup. Lawa x model reban ayam hehehehe..ni anak dara saya...


Anak Ayam ini sudah ada bulu, Alhamdulillah...bila lah nak dapat membiarkan anak2 ayam ini bergerak bebas. Serba salah nak lepaskan ada helang pulak (haiwan pemangsa)..mcm mana pulak di Pontian boleh ada sefamily helang tinggal di pokok durian. isk isk...harus difikirkan cara nya bagaimana yea...comel pulak tgk anak ayam ini dari xder bulu skrg dah ada bulu dan seronok rupanya nak menjadi peternak. Sekarang xcited nak balik kampung setiap hujung minggu kerana ada aktiviti yang hendak dilakukan. Sambil2 dgn reban dan ada plan lagi nak tambah reban lagi..Insya'Allah cuti CNY sambung buat reban.....

Sambil2 tu dalam proses buat name card dengan NANO PRINTING, nasib baik towkey nano printing tu kawan sekolah...masih dalam proses design..bila dh siap, saya masukan ye...



Friday 11 January 2013

First Experience 20.12.2012



Assamualaikum, ini adalah experimen kami yang pertama, anak ayam sebanyak 40 ekor. 

Tarikh beli : 20.12.2012
Tempat : Kedai burung Pekan Nenas, Pontian

Harapan setinggi gunung, namun buat masa ini banyak perkara yg wajib dipelajari dan mengutip maklumat dari blog peternak yg lain. 

Wednesday 2 January 2013

SC CHICKEN...BOLEH!



KAMI ADALAH PENTERNAK & PEMBEKAL AYAM KAMPUNG SEGAR DARI PONTIAN...
HARGA ADALAH YANG BERPATUTAN....
JIKA ANDA BERMINAT SILA HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN...

HUBUNGI :  0197988738, 0197758738