Thursday 28 February 2013

Feather Remover

Assalamualaikum..hari ini keje separuh hari kerana ingin membeli mesin yg akan mencabut bulu ayam dan penimbang.

Kisah penimbang yg agak lucu, harga penimbang RM133, beria mintak discount AKHIRNYA dapat kurang RM 3..sekali kuar dari kedai , di cermin kereta SAMAN PARKING RM30..huhuhu (camane lah terlupa nak letak kupon parking kereta)...

Di atas ni, gambar kedai tmpt kami membeli Feather Remover Machine, boleh juga layari 


www.vkruze.com/Share
Vkruze Sdn Bhd - Leading Bakery, Gas, Electrical and Commercial Refrigeration Equipments Supplier in Johor Bahru .

Mesin nya sudah dihantar ke Pontian, Insyaa Allah hujung minggu nak test power..hehehehe..

Ada yang berminat hendak menempah ayam kampung ..Sulaiman Chicken...????



Gambar Ehsan dari Internet (Yg original lum amik lg...)
Bermula pada hari ini 28/2/2013, harga jualan ayam yang siap proses kami seperti berikut ;

1. Size S (dlm linkungan 1.1kgs-1.2kgs) : RM 13 seekor

2. Size M (dlm linkungan dari 1.21kgs-1.4kgs) : RM 15 seekor

3. Size L (dlm linkungan dari 1.41kgs-1.6kgs) : RM 17 seekor

4. Size XL (dlm linkungan dari 1.61kgs-1.8kgs) : RM 19 seekor.

Buat masa ini tiada penghantaran kecuali tempahan yg melebihi 10 ekor.

Boleh hubungi saya di Salihan @ 019 7988738.

Monday 25 February 2013

Oh Reban !!!!

Assalamualaikum to All, mana yang menunggu cerita terbaru dari saya..huhuhuhu..(ada ker org yang baca), namun tulisan di blog ini sebagai diAri dan cerita hati untuk di baca setelah usaha ini membuahkan hasil, setidakpun menjadi inspirasi kepada bakal-bakal penternak dan insan lain. Semoga blog ini ada manafaat nya, Insya Allah...

Hujung minggu yang lepas tidak banyak progress yang dapat dilakukan, tanpa tenaga kerja yang mahir. Kami AHLI KELUARGA AHMAD telah berusaha menjadi TUKANG SIMEN,..HEHEHEHE..kena ketawa besar sbb masa kejadian tu luntur sikit semangat kami...rugi sungguh kerana tiada ilmu dan pengalaman membancuh simen...INGAT LAH KAWAN..ILMU ITU PENYULUH (CAHAYA) KEPADA KEJAYAAN..sedikit kata motivasi untuk diri sendiri dan pembaca, perlu juga diambil kira PENGALAMAN PENCETUS KEPADA KEJAYAAN..fuhhhh yoooo...





 Menung ke cikAbg Sayang? x siap menyimen lagi...Insya' Allah kita sambung lagi yea.... Inilah hasil daripada KAMI yang tidak berapa pakar ni...APA KATA SURVEY?????


 Alhamdulillah, antara pic yang menujunkkan hasil pertama dari penjualan AyamKU.... Belum beli alat penimbang, PINJAM mak punya dulu lah..alat timbang KOPI...huhuhu..



Siapa yang sembelih tu?....UST Yusri bin Haji Ahmad, Bilal Masjid Mutiara Rini (merangkap abang iparku)... Doaku di dalam hati " Ya Allah, aku berusaha menyediakan makanan yang halal,  ayam yang disembelih mengikut syara'. Semoga usaha kami diberkati oleh-Mu, niatku hanya untuk mendapat keredaan dari mu serta mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW " Amin.


Sekian dulu, untuk Minggu ini....Minggu depan plan untuk beli MESIN CABUT BULU AYAM dan alat timbang, (Info-alat timbang mesti ada lesen and kena renewal every year...fuhhh dasyat...baru tau). 

Thursday 21 February 2013

MOTIVASI KHAMIS

Motivasi 01

Lebih baik mati daripada menjadi anak derhaka.

1. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu
2. Redha Allah, terletak kepada redha ibu bapa
3. Salah satu perkara yang kita pandang dan dapat pahala ialah ibu
4. Setiap waktu solat, doalah untuk ibu dan bapa kita
5. Pengalaman peribadi : bila mak ayah redha dengan apa yang saya buat, perniagaan dan kehidupan saya menjadi lebih lancar
6. Ibu bapa tidak maksum, get used to it, maafkan kesalahan mereka
 
sekian.

Monday 18 February 2013

Rahmat melimpahi bumi

Bismillahirahmanirahim...

Bertemu lagi di dalam blog saya...SMILE ...amacam stok makanan yang dibeli? Cuba teka berapa lama tahan? hehehe..dapat hadiah tau siapa boleh teka....

Hujan rahmat....lecak jalan nak ke belakang...





Alhamdulillah..hari Ahad, walaupun Matahari malu nak keluar, hari tidak hujan. Selepas sarapan, kami as ONE FAMILY (KELUARGA AHMAD) mulai tugas masing-masing....








Aktiviti yang yang menarik kami sekeluarga pulang ke kampung setiap minggu, dalam masa yang sama ; Allah swt merancang agar MAK dan BAPAK tidak merasa sunyi dengan kedatangan anak, menantu dan CUCU mereka.

Terima kasih mak kerana menjaga mereka sepanjang cuti CNY yang lepas...







Namun, didalam hati masih berdebar2..Ya Allah..sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui...sesungguhnya aku insan yang lemah dan tiada kuasa atas diriku sendiri..(nada sendu....) ku pohon pada mu Ya Allah swt...kuatkan lah semangat aku agar usaha ku ini tidak menjadi sia-sia...Amin.

Wednesday 13 February 2013

Reban Ayam Baru


 Assalamualaikum..bertemu lagi kita di blog, ni antara pic yg di amik ketika pembinaan reban ayam. Tidak ku sangka , ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari dan sampai ke petang..Alhamdulillah. Ini pic untuk hari pertama...kesian abg Amir dan kawan dia berhujan, kesihatan teman nya pulak x mengizinkan..Inilah hasil nya.




Hari ke-2, masih hujan lagi, plan nak bawak bdk2 pi Kukup Swimming Pool, plan jadi jugak. Tapi ayah dia kena balik nak kena bantu dlm pembinaan RUMAH AYAM...kayu x cukup pulak, nasib baik Abg Amir dan teman nya sanggup menggunakan kayu pallet..inilah hasil nya..Masih ada bahan binaan yang tidak mencukupi...Insya'Allah hujung minggu ini nak pi beli lg...




Wah ! rajin sungguh .... cuba teka siapa tu? hehehehe...



Wednesday 6 February 2013

06.02.2013 Bhn Binaan untuk Reban Ayam

Alhamdulillah, selesai urusan yang hendak dilakukan semalam, walaupun x smua. Urusan yang diberkati Allah swt, urusan jual beli kayu di kedai usahawan bumiputra islam...

Sambil, membeli EM di J-BioTech di Taman Tampoi Indah II, dapat jugak jual kain SBT sehelai, Terima kasih ye G... :)



Semoga plan untuk membina reban pada hujung minggu ini berjalan lancar. Amin.

Sunday 3 February 2013

Dedak & Ayam 03.02.2013

Assalamualaikum kawan2 blog, plan hari ini nak membeli bhn2 binaan untuk reban baru tidak dapat direalisasikan sbb kedai tutup...SABAR..setiap sesuatu pekerjaan mesti ada dugaanya. 

Pagi tadi berbelanja mewah untuk memastikan agar stok makanan utk ayam2 ku ada semasa perayaan CNY..fuhhhh..menggigil juga hendak membayar pada uncle (mesti dia senyum masa terima duit aku)..huhuhu..ngalahkan belanja aku untuk sebulan.

Tiada plan pun nak beli anak ayam..sekali terpandang anak2 ayam yg comel ni dlm 25 ekor, padahal reban nak letak pun xder....tergoda juga akhirnya...




LETAK DALAM SANGKAR...HEHEHE, COMEL KAN !

Cuba teka ayam siapa tu..hehehe, tungguuuuuu, belum time lagi....SABAR juga...




Asyik keje beli anak ayam, tmpt dan makanan xder pulak, nasib baik ada IBU MERTUA sudi membetulkan  2 bekas air yang bocor, ALHAMDULILLAH, satu dah siap..tinggal lagi satu



 Semoga keseronokan menjadi peternak tidak terhenti di sini..dan AKU kuat menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang.