Friday 26 April 2013

JOM PINDAH RUMAH


ASSALAMUALAIKUM, LAMA RASANYA TIDAK MENULIS BLOG INI KERANA KESUNTUKAN MASA, AYAM2 YANG BOLEH D PROSES JUGA MAKIN BERKURANGAN,  PROSES MENUNGGU TELAH TIBA. 

SEKEJAP MASA BERLALU, UMUR AYAM PENANG DAH SEBULAN , DARI COMEL SKRG DAH TUMBUH BULU. MINGGU LEPAS TELAH D PINDAHKAN KE RUMAH BARU YANG LEBIH LUAS DAN SELESA.

ANAK2 AYAM PENANG 200 EKOR 



Thursday 21 March 2013

SEMANGAT KAMI...

ANAK AYAM BARU......

Sebelum bukak cerita mengenai anak ayam baru, huhuhu..saya nak berkongsi cerita mengenai SEMANGAT anak dara saya yang menangkap ayam untuk di proses..






Ni dia anak dara saya yang memang suka aktiviti yang mencabar seperti menangkap ayam..huhuhu..saya pun x seberani dia. Dari kecil memang suka pada aktiviti lasak...untung umi dan ayah..hehehehe...







ANAK-ANAK AYAM



Anak Ayam saya dari Melaka
Beli daripada En Ismail 
Siapa sangka Tidak Terduga
(xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx) 
cepat2 siapa leh lengkapkan pantun ni...hehehehe (sebenarnya tgh kekeringan idea) huhuhuhu.

Keterujaan untuk mengambil anak ayam amat lah terasa mana tidaknya pukul 5.00 pagi dah kena bangun sbb nak kena collect anak ayam during ms tu di Pekan Nanas.,

Cerita kali ini semua bersangkutpaut dgn SEMANGAT. 

Selepas memasukan anak2 ayam ke rumah mereka, kami ke PONTIAN mencari kedai elektrik, huhuhu juling juga biji mata membaca signboard per signboard... hehehe, walaupun HOME TOWN, jenuh juga mencari, Alhamdulillah, Akhirnya berjumpa juga kedai yang dicari. UNCLE siapkan pasangkan mentol, TARAA..siap 4 biji mentol + 1 standby dengan wire dan plug RM 49.60 dan yang mahalnya SAYA JUAL YE huhuhu, kalau dia org islam dan SAYA BELI, mesti berkat urusniaga kami hari ini. Hasilnya berlampu lah rumah anak ayam saya. 

SYUKUR ALHAMDULILLAH..semoga kita tergolong dalam golongan yang mensyukuri di atas Nikmat yang diberikan oleh ALLAH swt..Amin.

Inilah antara pic anak2 ayam saya...


Wednesday 13 March 2013

Rumah Baru Kami.... Yippi !!!!......

Assalamualaikum semua, rasanya lama juga saya tidak menulis di blog ini. Buat masa ini tengah sibuk memikir mcm mana nak amik dedak ayam dari Kelantan....

Saya ada juga beli anak ayam dari Melaka, difikirkan jauh juga saya membeli dedak dan anak ayam. Niat saya apa yang saya lakukan mestilah mendapat keberkatan dari ALLAH swt kerana itulah saya berusaha mencari usahawan melayu ISLAM dan agar produk yang dihasilkan boleh lah dikatakan 100% Bumiputra.


Picture di bawah ini semua di ambil oleh anak saya, keseronokan nya mengalahkan ayam yang mendapat rumah baru..Anak2 saya turut berada di dalam rumah ini...Anak2 suka explore setiap perkara yang baru walaupun di larang.
 
 

Insya'Allah next week 19.03.2013, saya akan pergi mengambil anak ayam di toll Kulai, semoga semuanya berjalan seperti dirancang.

Tuesday 5 March 2013

HARGA JUALAN AYAM KAMPUNG "SC"

ASSALAMUALAIKUM ,

INFORMASI UNTUK HARGA AYAM KAMPUNG YANG SIAP DIPROSES BERMULA HARI INI  
05.03.2013 

IALAH RM11.00 SEKG.

BERAT : HANYA DIKENAL PASTI SELEPAS AYAM DIPROSES..huhuhu...

Info lagi ; ayam yang ditimbang setelah dikeluarkan isi perut, namun jangan risau hati dan pedal ada... serta kepala juga tidak ditimbang.
Maaf, harga berubah2 kerana ketidakseragaman berat ayam setelah diproses, setelah bermuzakarah "KELUARGA AHMAD" inilah keputusan yang terbaik buat masa ini.

Bagi pembeli yang membeli lebih dari 25 ekor, akan diberi potong harga dari unit price (by kg) yang tertera di atas...

Sekian, Terima kasih.

Info lagi dan lagi..Reban bawah saya dah siap..tetapi pic belum ada...Insya Allah ada masa saya masukan. SYUKUR ALHAMDULILLAH. Allahu Akbar (Allah yg Maha Besar).